Monday, April 27, 2009
Kursus EDUWEBTV
Wednesday, April 22, 2009
Majlis Perpisahan
Tuesday, April 21, 2009
Sejarah SKLU
Sekolah Kebangsaan Legong Ulu telah didirikan pada 31 Mei 1947, kira – kira 63 tahun yang lalu. Bangunan asal sekolah ini terletak kira – kira 50 meter dari bangunan yang ada pada masa sekarang. Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun rumbia yang didirikan hasil kerja gotong – royong penduduk kampung Legong Ulu memandangkan pada masa tersebut tidak terdapat sekolah yang berdekatan untuk anak – anak penduduk kampung meneruskan pendidikan. Bangunan ini pada mulanya mengandungi 6 buah bilik darjah bagi menampung murid – murid dari Darjah 1 hingga 6. Bilangan asal murid sekolah ini seramai 100 orang yang terdiri dari anak – anak penduduk Kampung Legong Ulu dan kampung berdekatan. Bilangan guru disekolah ini pada asalnya ialah seramai 6 orang yang diketuai oleh Guru Besar pada masa itu iaitu En. Jonet b. Ngah yang bertugas dari tahun 1947 – 1950.
Pada tahun 1953, bangunan yang telah didirikan telah runtuh akibat ditiup angin yang kuat. Murid – murid tahun 4, 5 dan 6 telah ditempatkan sementara di dalam hutan yang berhampiran manakala murid – murid tahun 1, 2 dan 3 telah ditempatkan di balai raya kampung ini.
Walaubagaimanapun, bangunan baru telah dibina untuk menggantikan bangunan yang roboh dan telah siap pada tahun 1968. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Undang Luak Rembau di bawah kelolaan 11 orang Guru Besar sehingga tahun 2009. Pada tahun 2009 SKLU telah menerima sebuah bangunan baru empat tingkat daripada JKR.
Pada masa kini, bilangan murid – murid sekolah ini adalah seramai 42 orang yang terdiri dari tahun 1 hingga tahun 6 dan guru seramai 12 orang.
Misi dan Visi
MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI
MELALUI PENDEKATAN YANG MENYELURUH
BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS BERLANDASKAN
VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN LEGONG ULU MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2015
